-->

Pembagian Hadits

Hadits, disebut juga sunnah, adalah perkataan, perbuatan, ketetapan dan persetujuan dari Nabi Muhammad yang dijadikan landasan syariat Islam. Hadis dijadikan sumber hukum Islam selain al-Qur'an, dalam hal ini kedudukan hadis merupakan sumber hukum kedua setelah al-Qur'an

Pembahagian Hadis

Pembahagian Hadis (A)

Hadis jika dilihat dari segi thuruq (jalur riwayatnya) terbahagi kepada mutawatir dan ahad.


Hadis mutawatir ialah hadis yang memenuhi empat syarat berikut ini. Pertama, ia diriwayatkan oleh sekumpulan orang yang ramai jumlahnya. Kedua, menurut kebiasaan, mereka mustahil bersepakat dalam kebohongan.


Ketiga, mereka meriwayatkannya melalui orang yang sama kedudukannya mulai dari permulaan hingga ke bahagian akhir. Keempat, hendaklah musnad terakhir dari para periwayat berstatus hasan (baik).

pembagian hadits


Hadis mutawatir dapat memberikan ilmu pengetahuan yang bersifat dharuri, atau dengan kata lain ilmu yang tidak dapat ditolak lagi kebenarannya. Antara contoh hadis mutawatir ialah sabda Rasulullah (s.a.w):

مَنْ كَذَّ بَ عَلَيَّ مُتَعَمَّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَ هُ مِنَ النَّارِ

“Barang siapa yang berdusta kepadaku dengan sengaja, maka hendak lah dia bersiap sedia menempah tempat duduknya di dalam neraka.”


Hadis ahad ialah hadis yang di dalamnya terdapat kecacatan pada salah satu syarat mutawatir. Hadis ahad dapat memberikan faedah yang bersifat zhanni dan adakalanya dapat memberikan pengetahuan yang bersifat nazhari (teori) apabila disertai dengan bukti yang menunjukkan kepadanya.


Hadis ahad pula terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu sahih, hasan dan dha’if. Hadis sahih ialah hadis yang diriwayatkan oleh orang yang adil, memiliki dhabt (hafalan) yang sempurna, sanadnya muttasil (bersambung dengan sanad berikutnya), tidak mu’allal (cacat) dan tidak pula syadz (menyendiri). Istilah ‘adil yang dimaksudkan di sini ialah adil riwayatnya, yakni seorang muslim yang telah aqil baligh, bertakwa, dan menjauhi semua dosa besar.


Pengertian adil ini mencakupi lelaki, wanita, orang merdeka dan hamba sahaya. Istilah dhabth ialah hafalan. Dhabit ada dua; pertama, dhabt shadr yang bermaksud orang yang bersangkutan hafal semua hadis yang diriwayatkannya di luar kepala dengan baik; kedua, dhabth kitab yang bermaksud orang yang bersangkutan memelihara pokok hadis yang dia terima daripada gurunya dari sebarang perubahan. Mu’allal ialah hadis yang dimasuki oleh suatu ‘illat (cacat) yang tersem bunyi hingga memaksanya perlu untuk diteliti yang lebih mendalam. Syadz ialah hadis yang tsiqah (orang yang dipercaya) berbeza dengan orang yang lebih tsiqah daripadanya.


Hadis hasan ialah hadis yang diriwayatkan oleh orang adil, hafalannya kurang sempurna, tetapi sanadnya muttashil, tidak mu’allal, tidak pula syadz. Jika hadis hasan ini kuat kerana disokong oleh adanya satu jalur atau dua jalur riwayat yang lain, maka kedudukannya naik menjadi sahih lighairihi.


Hadis dha’if ialah hadis yang peringkatnya di bawah hadis hasan dengan pengertian kerana di dalamnya terdapat kecacatan pada salah satu syarat hasan. Jika hadis dha’if menjadi kuat kerana disokong oleh adanya jalur riwayat yang lain atau oleh sanad yang lain, maka kedudukannya naik menjadi hasan li ghairihi.


Hadis sahih dan hadis hasan boleh diterima, sedangkan hadis dha’if ditolak dan oleh kerananya, ia tidak boleh dijadikan sebagai hujah kecuali dalam masalah keutamaan ber amal, tetapi dengan syarat status dha’if hadis tersebut tidak terlalu teruk, permasalahan yang diketengahkan masih termasuk ke dalam pokok syariat dan seseorang yang mengamalkannya tidak meyakininya sebagai perkara yang telah ditetapkan oleh agama, melainkan tujuan mengamalkannya hanyalah mengambil sikap hari-hati dalam beramal.


Pembahagian Hadis (B)

Hadis jika dilihat dari periwayatnya terbahagi kepada masyhur, ‘aziz dan gharib.

Hadis masyhur ialah hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang atau lebih, tetapi masih belum memenuhi syarat mutawatir. Kadang kala istilah ini diucapkan kepada hadis yang telah terkenal hingga menjadi buah bibir meskipun ia hadis maudhu’.


Hadis ‘aziz ialah hadis yang diriwayatkan oleh dua orang periwayat sahaja, meskipun masih dalam satu thabaqah (tingkatan). Sebab jumlah periwayat yang sedikit pada kebanyakannya boleh dijadikan pegangan dalam bidang ilmu ini. Hadis gharib ialah hadis yang diriwayatkan oleh seorang periwayat sahaja, meskipun masih dalam salah satu thabaqah.


Hadis gharib terbahagi kepada dua macam, iaitu; pertama, gharib muthlaq iaitu hadis yang menyendiri dalam asal sanadnya; kedua, harib nisbi iaitu hadis yang menyendiri pada sanad berikutnya.


Pembahagian Hadis (C)

Selain itu hadis terbahagi kepada dua bahagian, iaitu maqbul dan mar dud.


Hadis maqbul ialah hadis yang dapat dijadikan hujah. Ia adalah hadis yang di dalamnya dipenuhi syarat-syarat hadis sahih atau hadis hasan. Hadis maqbul terbahagi kepada empat bahagian, iaitu sahih li dzatihi, sahih li ghairihi, hasan li dzatihi, dan hasan li ghairihi. 


Sahih li dzatihi ialah hadis yang diriwayatkan oleh periwayat yang adil, sempurna hafalannya, muttasil sanadnya, tidak mu’allal dan tidak pula syadz. Sahih li dzatihi ini memiliki tingkatan yang berbeda-beda menurut perbedaan sifat yang telah disebutkan tadi.


Sahih li ghairihi ialah hadis yang paling sedikit mengandungi sebahagian daripada sifat yang ada pada hadis maqbul, tetapi di dalamnya ditemui perkaraperkara yang dapat menyempurnakan kekurangannya itu, misalnya ada hadis yang sama diriwayatkan melalui satu atau banyak jalur selainnya.


Hasan li dzatihi ialah hadis yang dinukilkan oleh seorang yang adil, memiliki hafalan yang kurang sempurna, muttasil sanadnya, diriwayatkan melalui orang yang sama tingkatan dengannya, tidak mu’allal dan tidak pula syadz.


Hasan li ghairihi ialah hadis yang masih perlu diteliti penerimaannya, teta pi telah dijumpai di dalamnya faktor-faktor yang menguatkan untuk menerimanya seperti hadis yang di dalam sanadnya terdapat orang yang keadaan nya masih belum diketahui atau orang yang buruk hafalannya.


Hadis maqbul pula terbahagi kepada muhkam, mukhtalaf al-hadis, nasikh dan rajih


Muhkam ialah hadis yang tidak ada hadis lain yang menentangnya. Mukhfalaf ialah hadis yang didapati ada hadis lain yang menentangnya, tetapi masih ada kemungkinan untuk menggabungkannya. Nasikh ialah hadis yang datang kebelakangan dan isinya menentang hadis yang seumpama dengannya. Rajih ialah hadis yang boleh diterima, namun isi kandungannya menentang hadis seumpamanya yang mendahuluinya kerana adanya satu sebab yang mengharuskan demikian, sedangkan usaha untuk menggabungkan di antara keduanya adalah tidak mungkin. Lawan daripada rajih ialah marjuh.


Hadis mardud ialah hadis yang di dalamnya tidak dipenuhi syarat-syarat sahih dan tidak pula syarat-syarat hasan. Hadis mardud ini tidak boleh dijadikan sebagai hujah. Ia terbahagi kepada dua bahagian; pertama, mardud kerana adanya keguguran pada sanadnya; kedua, mardud kerana adanya kecacatan pada diri para periwayatnya.


Hadis mardud kerana adanya keguguran pada sanadnya terbahagi kepada lima, iaitu mu’allaq, mursal, mu’adhdhal, munqathi’ dan mudallas. Mu’allaq ialah hadis yang dari permulaan sanadnya gugur seorang periwayat. Termasuk ke dalam hadis mu’allaq adalah hadis yang seluruh sanadnya dibuang.


Mursal ialah hadis yang dinisbahkan oleh seorang tabiin terus kepada Nabi (shallalahu aalaihi wasallam).

Mu’adhdhal ialah hadis yang gugur daripadanya dua orang periwayat secara bertu rut-turut. Munqathi’ ialah hadis yang gugur daripadanya seorang atau dua orang periwayat, tetapi tidak berturut-turut.

Mudallas ialah hadis yang terdapat keguguran di dalamnya, tetapi tersembunyi, sedangkan ungkapan riwayatnya menggunakan istilah ‘an (daripada).

Contohnya, seseorang menggugurkan nama gurunya lalu menukil daripada orang yang lebih atas daripada gurunya dengan menggunakan ungkapan yang seolah-olah memberikan pengertian kepada si pendengar bahawa itu dinukil secara langsung daripada orang yang di atas gurunya itu; contoh ini disebut dengan mudallas al-isnad. Ada ketikanya nama gurunya itu tidak digugurkan, sebaliknya gurunya itu digambarkan dengan sifat yang tidak di kenali; contoh seperti ini disebut sebagai mudallas al-syuyukh. Ada ketikanya dia meng gugurkan seorang periwayat dha’if di antara dua orang periwayat yang tsiqah (terpercaya); contoh ini disebut sebagai mudallas al-taswiyah.


Hadis mardud kerana adanya kecatatan terbahagi kepada empat, iaitu: maudhu’, matruk, munkar dan mu’allal


Maudhu’ ialah hadis yang periwayatnya berdusta di dalam dalamnya. Matruk ialah hadis yang cacatnya disebabkan oleh periwayat yang dicurigai sebagai orang yang berdusta. Munkar ialah hadis yang cacatnya kerana kebodohan si periwayatnya atau kerana kefasikannya. Mu’allal ialah hadis yang cacatnya disebabkan oleh aib yang tersembunyi, tetapi zahirnya selamat dan tidak menampakkan aib.


Termasuk ke dalam kategori hadis cacat ini ialah hadis yang disebabkan idraj. Ia ada dua bahagian, iaitu mudraj matan dan mudraj isnad.


Mudraj matan ialah hadis yang di dalamnya ditambah sebahagian lafaz oleh periwayatnya, sama ada pada bahagian pemulaan, bahagian tengah ataupun pada bahagian akhirnya. Ada kalanya ia bertujuan untuk mentafsirkan lafaz yang gharib (sukar difahami), seperti yatahan natsu (yata’abbadu) yang ertinya beribadah.


Mudraj isnad ialah hadis yang di dalamnya ditambah isnad-nya, seperti menghimpun beberapa sanad dalam satu sanad tanpa sebarang penjelasan. Termasuk ke dalam pengertian cacat ialah qalb, yakni hadis maqlub atau hadis songsang disebabkan seorang periwayat bertentangan dengan periwayat lain yang lebih kuat daripadanya kerana mendahulukan atau mengakhirkan sanad atau matan.


Termasuk pula ke dalam pengertian cacat ialah idhthirab, yakni hadis mudhtharib, iaitu hadis yang periwayatnya bertentangan dengan periwayat lain yang lebih kuat daripadanya dalam sanad atau matan atau dalam kedua-duanya sekali, tidak ada murajjih (faktor yang dapat memastikan mana satu yang lebih kuat di antara keduanya), sedangkan usaha menggabungkan di antara keduanya merupakan perkara yang tidak dapat dilakukan.


Termasuk ke dalam pengertian cacat ialah tash-hif, yakni hadis mushahhaf dan tahrif, yakni hadis muharraf. Hadis mushahhaf ialah cacat yang ada padanya disebabkan seorang periwayat bertentangan dengan periwayat lain yang lebih kuat dalam masalah titik. Jika percanggahan itu dalam masalah baris atau harakat, maka ia disebut hadis muharraf. 


Termasuk ke dalam pengertian cacat ialah jahalah yang juga disebutkan ibham, bid’ah, syudzudz dan ikhtilath


Mubham ialah hadis yang di dalamnya ada seorang periwayat atau lebih tetapi tidak disebutkan namanya. 

Mubtadi’ ialah jika perbuatan bid’ahnya menyebabkan kekufuran, maka periwayatnya tidak boleh diterima, namun jika perbuatan bid’ahnya menyebabkan kefasikan, sedangkan periwayatnya orang yang adil dan tidak menyeru kepada bid’ah tersebut, maka hadisnya boleh diterima. 

Syadz ialah hadis yang seorang periwayat tsiqah bertentangan dengan periwayat yang lebih tsiqah daripadanya. Kebalikan hadis syadz ialah hadis mahfuzh, iaitu hadis yang seorang periwayat tsiqah bertentangan dengan hadis periwayat lain yang status tsiqah-nya masih berada di bawahnya. 

Mukhtalath ialah hadis yang periwayatnya yang hafalannya buruk disebabkan otaknya mengalami gangguan, misalnya, akibat pengaruh usia yang telah lanjut. Hukum hadisnya boleh diterima sebelum akalnya terganggu hingga hafalannya menjadi buruk, namun jika akalnya sudah terganggu maka hadisnya tidak boleh diterima. Jika tidak dapat dibezakan antara zaman sebelum otaknya terganggu dengan zaman sesudah nya, maka kesemua hadisnya mesti ditolak.


Pembahagian Hadis (D)

Hadis jika dilihat dari segi matan dan sanad terbahagi kepada marfu’, mauquf, maqthu’, ‘alin muthlaq, ‘alin nisbi dan nazil.


Marfu’ ialah hadis yang disandarkan kepada Nabi (s.a.w), sama ada secara te rang-terangan ataupun secara hukum. 

Mauquf ialah hadis yang sanadnya hanya terhenti kepada seorang sa habat tanpa adanya tanda-tanda yang menunjukkannya marfu’, sama ada secara ucapan mahupun perbuatan. 

Maqthu’ ialah hadis yang sanadnya hanya terhenti kepada seorang tabi’in. 

‘Alin muthlaq ialah hadis yang bilangan periwayatnya sedikit jika dibandingkan dengan sanad yang lain, dan sanadnya sampai kepada Nabi (s.a.w), lawannya hadis ‘alin muthlaq adalah hadis nazil muthlaq. 

‘Alin nisbi ialah hadis yang periwayatnya sedikit apabila dibandingkan dengan sanad yang lain dan berakhir kepada seorang imam yang terkenal, seperti Imam Malik, Imam al-Syafi’i, Imam al-Bukhari, dan Imam Muslim. Lawannya ialah hadis nazil nisbi, tetapi hadis ‘alin nisbi lebih mendekati sahih kerana kemungkinan kesalahannya masih sedikit, berbeda dengan hadis nazil nisbi. Hadis ini tidak disukai melainkan kerana ada keistimewaan khusus yang ada padanya.


Jenis-Jenis Riwayat

Riwayat mempunyai pelbagai jenis, iaitu riwayat aqran,riwayat akabir ‘an ashaghir, riwayat ashaghir ‘an akabir, musalsal, muttafiq wa muftariq, mu’talif wa mukhtalif, mutasyabih, muhmal, serta sabiq wa lahiq


Riwayat aqran ialah riwayat yang dilakukan oleh salah seorang periwayat di antara dua periwayat yang berteman daripada periwayat yang lain. Dua orang teman itu adalah umurnya saling berdekatan atau isnad-nya berdekatan atau kedua-duanya sekali. Berdekatan dalam isnad maksudnya berdekatan dalam berteman dan meng ambil daripada guru. 


Riwayat aqran ini terbahagi kepada empat bahagian, iaitu: 

Mudabbaj ialah riwayat dari masing-masing dua periwayat yang berte man lagi sama umur dan isnad-nya daripada periwayat yang lain.


Ghair Mudabbaj ialah riwayat dari salah seorang dua periwayat yang berteman, sedangkan keduanya sama dari segi hal umur dan isnad-nya. 


Riwayat akabir ‘an ashaghir ialah seseorang meriwayatkan suatu hadis daripada orang yang lebih rendah daripadanya dari segi umur atau dalam berteman. Termasuk ke dalam kategori ini ialah riwayat para orang tua daripada anak-anaknya dan riwayat para sahabat daripada para tabi’in. Namun jenis ini jarang dijumpai sedangkan kebalikannya sangat banyak, iaitu riwayat ashaghir ‘an akabir atau riwayat yang dilakukan oleh seorang anak daripada orang tuanya atau tabi’in daripada sahabat. Jenis ini banyak dijumpai.


Musalsal ialah hadis yang para periwayatnya sepakat dan sama berkaitan keadaan qauli atau fi’li, seperti sama-sama menggunakan lafaz haddatsani, dan contoh yang lain ialah para periwayat sama-sama menggunakan lafaz anba’ani, dan demikian seterusnya. 


Muttafaq wa muftaraq ialah hadis yang kesemua nama periwayatnya telah disepakati secara lafaz dan tulisan, tetapi pengertian atau pemahamannya berlainan. 


Mu’talaf wa mukhtalaf ialah hadis yang sebahagian nama periwayatnya disepa kati secara tulisan, tetapi secara ucapan berlainan, seperti lafaz Zabir dan Zubair. 


Mutasyabih ialah hadis yang nama sebahagian periwayatnya disepakati, tetapi nama orang tua mereka masih dipertikai, seperti Sa’d ibn Mu’adz dan Sa’d ibn ‘Ubadah. 


Muhmal ialah hadis yang diriwayatkan daripada dua orang periwayat yang memiliki nama sama hingga tidak dapat dibedakan. Jika kedua-dua perawi itu merupakan dua orang periwayat tsiqah (terpercaya), maka itu tidak ada masalah, seperti nama Sufyan sama ada yang dimaksudkan itu adalah Sufyan al-Tsauri atau Sufyan ibn ‘Uyaynah. 


Tetapi jika kedua-duanya tidak termasuk orang yang tisqah, maka itu boleh mendatangkan kecacatan. Sabiq wa lahiq ialah suatu hadis yang di dalamnya berhimpun satu riwayat yang dilakukan oleh dua orang periwayat daripada guru mereka, tetapi salah seorang di antara keduanya meninnggal dunia lebih dahulu jauh sebe lum yang lain, sedangkan jarak waktu antara kematian orang yang pertama dengan kematian orang kedua cukup lama.


Ungkapan Menyampaikan Hadis

ungkapan menyampaikan hadits yang kuat

Penutup

Apa yang dimaksudkan dengan adil riwayat ialah seorang muslim yang aqil baligh, menjauhi daripada melakukan dosa-dosa besar dan memelihara diri daripada terjerumus melakukan dosa-dosa kecil pada sebahagian besar waktunya, namun dalam masalah ini tidak disyaratkan lelaki dan merdeka. Oleh yang demikian, riwayat yang dilakukan oleh wanita dan hamba sahaya boleh diterima.

Demikian pula boleh diterima riwayat yang dilakukan oleh ahli bid’ah jika dia adalah orang yang adil dan tidak me nyeru (orang lain) kepada bid’ahnya, dan perbuatan bid’ahnya tidak sampai kepada tahap kufur (bid’ah munkarah).

Berlangganan update artikel terbaru via email: